Ahad, 28 Februari 2010

...SEJARAH HARI VALENTINE...

Salam 2 all.

Ahad 14 Februari 2010 ini (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini ianya bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.

Saya memperingatkan diri saya dan umat Islam semua supaya menjauhkan diri kita daripada sambutan ini. Ianya adalah sambutan yang mempunyai unsur-unsur keagamaan Kristian.

Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik dizaman Pope Gelasius I pada tahun 496AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).

Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.

Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14.02.268AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar darpada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!

Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.

Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.